Thursday, July 18, 2013

Hikmah Allah kekalkan jasad Firaun Laknatullah

Assalamualaikum sahabat sekelian..
Hari kita sambung tentang perbincangan mengenai sains al-Quran kita. Fokus kali ini adalah berkaitan jasad Firaun yang dikekalkan oleh Allah hingga ke hari ini.

Ayat al-Quran ada menyebut yang bermaksud:
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
Surah Yunus ayat 92

ayat ini telah ditafsir oleh ramai ulama'. Antaranya ialah tafsiran daripada Ibnu abbas r.a.berkata: sesungguhnya sebahagian Bani Israel meragukan kematian Firaun, lalu Dia memerintahkan laut untuk memunculkan jasadnya secara utuh tanpa ruh, dalam keadaan masih mengenakan baju besi yang terkenal. Ia pun terdampar di daratan, supaya mereka yakin akan kematian dan kebinasaannya.

Antara hikmah disebalik peristiwa ini, ramai yang memeluk agama Islam kerana kebenaran al-Quran. antaranya ialah Prof. Dr. Maurice Bucaille yang menemukan sisa garam pada mumia Firaun setelah diberi kebenaran mengkajinya oleh Kerajaan Mesir.

Al-Quran dah lama menyebut bahawa, mumia tersebut timbul daripada laut. oleh itu akan dipelihara oleh Allah hingga akhir zaman untuk pengajaran kepada umat akan datang. 

Hasilnya, hidayah buat Prof. Dr. Maurice Bucaille apabila mendapati hasil kajiannya sama dengan berita dari al-Quran. Kehairanan beliau tentang mengapa mayat ini kekal dan masih utuh tidak sama seperti mayat-mayat yang dijumpai dari laut sudah dijawab dalam al-Quran.

Al-Quran janji akan menjaga mayat tersebut maka benarlah janji-Nya.

Subhanallah sahabat sekelian.... Nabi Muhammad membuktikan pada kita lagi, al-Quran bukan kalamnya.





No comments:

Post a Comment