Thursday, December 17, 2009

hikmah kejadian angin

Maaf sahabat yang dirahmati sekelian.
Salam Maal Hijrah..
Sesuai sebagai muhasabah tahun baru ni saya cuba membawakan lebih banyak lagi nikmat-nikmat yang Allah kurniakan tapi kita sendiri tak nampak. Contohnya kejadian angin. Bayangkan sahabat sekelian kalau angin tiada di muka bumi ni. Apa akan jadi pada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga jika angin menghembus tanpa had dan batas sempadannya. Pasti banyak musibahnya jika tiada rahmat Allah. Lalu dirakamkan Allah dalam kalamnya tentang angin dalam firman-Nya yang Agung bermaksud:

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan) hingga apabila angin itu membawa angin mendung, kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang) lalu kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu, berbagai=bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran darinya)."
Surah al-A'raf 7:57
Lihatlah hikmah dalam penciptaan angin, kadar dan kelajuannya adalah amat sesuai untuk membawa awan dan bebanannya tanpa merelai dan merosakkannya. Allah telah memberi pengajaran kepada kita dengan kedatangan beberapa ribut taufan dan angin puting beliungnya mencapai 75 batu sejam yang boleh merosakkan harta benda.
Sedangkan ia, jika mencapai kelajuan 200 batu sejam, maka, tidak akan ada sesuatu pun yang akan kekal di atas muka bumi ini, kerana pasti akan hancur. Ini adalah antara tanda rahmat Allah Taala ke atas kita.
Ketahuilah, jika angin setinggi lima batu sahaja di atas kepala kita. Ini kerana pada ketinggian melebihi lima batu dari paras laut, terdapat gelombang angin dengan kelajuan 200 batu sejam. Sekiranya ketinggian laluan angin ini, turun beberapa batu, segala kehidupan akan musnah. segala benda yang wujud di muka bumi ini akan musnah.
Subhanallah. Maha suci Allah yang Maha Mengasihani hambanya. Adakah setimpal syukur yang kita balas.... Allah.. banyak benar hutangnya kita pada=Mu.

Tuesday, October 20, 2009

Kepentingan Air Kepada Kehidupan

Sahabat yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian,

Hari ini kita berbincang pula tentang kepentingan air kepada kehidupan dalam al-Quran. Ayat ke-23 hinggalah ke-25 surah Abasa yang bermaksud

“Maka hendaklah manusia melihat (memerhatikan dengan berfikir) kepada mekanan yang dimakannya. Ia berlaku bila kami turunkan air dengan banyak serta menakjubkan.”

Ayat dari surah Abasa di atas ini memberitahu bahawa Allah s.w.t. telah menceritakan kepada kita, bagaimana Dia s.w.t. telah menyediakan rezeki kepada makhluk-makhluknya melalui pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang melata di atas muka bumi ini. Rezeki-rezeki tersebut dihantar oleh Allah s.w.t. dengan cara menurunkan hujan dari langit.

Air hujan yang turun dari langit ini akan menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan menghidupkan pokok-pokok yang lain dan seterusnya tumbuh-tumbuhan ini akan mengeluarkan buah dan biji-bijian yang sangat diperlukan. Ia menjadi makanan kepada manusia dan binatang. Tanpa air hidupan bernyawa tidak mungkin boleh meneruskan kehidupan mereka di atas muka bumi ini.

Kita melihat bagaimana Allah s.w.t. menurunkan rahmat-Nya dengan menjadikan awan-awan yang mengandungi air dan diturunkan ke bumi bila tiba waktunya. Air-air ini akan disimpan di tempat-tempat simpanan yang tersedia seperti takungan-takungan yang telah tersedia. Selepas itu, air-air di simpanan akan dialirkan melalui akar-akar pokok yang memerlukannya.

Dr Saleh bin Ismail (2008), Surah ar-Rahman: Tafsiran dan fakta-fakta Saintifik, Al-Hidayah Publication : Kuala Lumpur hlm 57

Monday, October 12, 2009

Proses Pengewapan Dalam Al-Quran

Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian...
Seterusnya minggu ini kita akan berbincang tentang tafsir berasaskan pendalilan saintifik daripada buku Abdul Majid Aziz al-Zindani yang berjudul "Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains". Daripada kandungannya saya mengambil satu contoh yang dibawakan, yang mana pada saya ianya popular diperbincangkan dalam pelajaran sains hari ini. Namun sejauh mana seorang guru sekolah-sekolah di Malaysia pada hari ini cuba mengaitkan proses kitaran semula alam ini dengan dalil-dalil dari al-Quran.
Namun begitu sebenarnya saya tergolong dalam kalangan orang yang beruntung kerana telah dianugerahkan oleh Allah yang bernama cikgu Abdul Halim ketika menuntut di Sekolah Menengah Agama al-Basriah Kuala Tembeling. Beliau guru sains yang berstandard 'ustaz'. Setiap pengajaran yang kami terima takkan lepas dari kata syukur dan perlu ada kaitan dengan pencipta yang Maha Agung.
Lalu hari ini saya cuba kongsikan.. mana la tau kalau-kalau ada guru sains yang terbaca moga selepas ini setiap pengajaran, Islam tidak pernah dipinggirkan. Setiap sesuatu pengajaran sepatutnya dikaitkan dengan tauladan dan pengajaran daripada kelebihan Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya ia terkandung dalam kitab suci kita.
Hari ini kita berbincang tentang proses pengewapan. Menurut Abdul Majid Aziz al-Zindani awan ialah wap-wap air yang terapung di udara. Apabila berada dalam kuantiti yang banyak, ia akan membentuk air hujan. Kemudian air hujan akan turun ke bumi dan menjadi air telaga, air sungai, air mata air dan air di dalam tanah. Kita kemudiannya akan meminum air tersebut, mengairkan tanaman serta memberi minum kepada binatang ternakan.

Firman Allah yang bermaksud,

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menurunkan hujan dari langit lalu dialirkan-Nya menjadi mata air di bumi, Kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang pelbagai jenis dan warnanya…”
(Surah al-Zumar 39: 21)

Maka, Allah menjadikan proses pembentukan awan dengan menjadikan matahari memancarkan kepanasannya. Lalu air laut bertukar menjadi wap-wap yang mengewap naik ke langit dalam bentuk wap air yang tawar dan bukan sebagai air masin. Namun begitu, wap-wap air ini tidak terus naik sehingga ke planet Marikh. Bukan tujuannya untuk dicurahkannya di sana. Tetapi tujuannya ialah supaya ia turun sebagai hujan ke atas hamba-hamba Allah di daratan dan seluruh kawasannya kerana ia amat diperlukan di sana. Oleh itu, Allah Taala menetapkan satu sistem yang menukar air laut menjadi air hujan dan diturunkan ke atas makhluknya.

Rujukan : Abdul Majid Aziz al-Zindani (2004), Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., h. 52-53.

Sunday, October 4, 2009

Sains membenarkan al-Quran : Bulan Tidak Mengeluarkan Cahaya

Assalamualaikum...
Maaf sahabat sekelian, kerana lama saya tidak menyambung penulisan blog ni. Hari ni saya dilapangkan sedikit oleh Allah untuk menyambung tajuk kita dulu yang lama dah terhenti. Tajuknya 'Tafsir menurut pendalilan saintifik'.
Di dalam al-Quran, matahari disebut sebagai objek yang mengeluarkan cahaya dan bulan bersinar kesan daripada cahaya matahari itu. Dalam surah al-Furqan ayat 61, maksudnya,

“Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir.”
(Surah al-Furqan : 61)

Hal yang sama ditekankan di dalam surah al-Naba’ ayat 13 yang bermaksud, “Dan kami yang jadikan siraajan wahhaja (iaitu matahari).”

Dalam surah Nuh ayat 15 hingga 16 pula, Allah berfirman yang bermaksud, “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj.”

Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Mengikut al-Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Justeru Said Hawa di dalam al-Asas Fi al-Tafsir berkata, “Matahari mengeluarkan cahaya sedangkan bulan memantulkan cahaya …”

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya. Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hydrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalamnya. Proses ini berterusan berbilion-bilion tahun lamanya. Manakala bulan pula, sebagai satelit, tidak mengeluarkan cahaya sendiri.

Monday, July 20, 2009

Bible Juga Mengakui Kedatangan Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah petikan-petikan yang dikutip dari Kitab Injil yang menyebut tentang kedatangan Nabi Junjungan s.a.w.

1. Sabda Nabi Isa :

“Jika kamu kasih akan daku, kamu akan memeliharakan hukum-hukumku dan aku akan minta kepada Bapa supaya Ia beri kepada kamu Penghibur yang lain pula.”
(Yuhanna 14 : 15)


2. Sabdanya lagi :

“Tetapi aku mengatakan yang benar kepada kamu, bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku undur dari kamu, kerana jika aku tidak undur, Penghibur itu tidak akan datang kepada kamu.”
(Yuhanna 16 : 17)

Jelas daripada dua sabda Nabi Isa ini menyebut tentang ‘Penghibur’. Penghibur yang dimaksudkan ialah hamba Allah yang ditugaskan oleh Allah s.w.t. untuk membawa risalah kepada manusia yang perlukan petunjuk. Dengan itu, apabila Nabi Isa menyebut tentang Penghibur lain maka, ia bermaksud Pembawa Risalah selepasnya iaitu Muhammad s.a.w.

Berikut pula petikan-petikan yang dikutip dari Kitab Injil yang menyebut tentang sifat Rasulullah s.a.w.

1. Kenyataan Yuhanna 19 : 11:

“Aku lihat pula di langit terbuka, maka adalah kuda putih dan yang menunggang di dinamakan ‘Orang Kepercayaan dan Benar’ maka dengan keadilan ia memtuskan hukum serta berperang. Adapun matanya itu seperti api dan di kepalanya ada banyak mahkota.”

Kenyataan atau impian Yuhanna ini sesuai dengan sifat Nabi Muhammad s.a.w. kerana Baginda dinamakan ‘Amin’ (orang kepercayaan) dan ‘Siddiq’ (Benar) dan hukumnya adil dengan tidak memandang kanan atau kiri Nabi Muhammad berperang.[1]

2. Sabda Nabi Isa lagi ;

“Alangkah bahagianya zaman yang Rasul itu akan datang ke alamini. Percayalah kepadaku, aku telah lihat dia telah memajukan penghormatan, sebagimana tiap-tiap nabi sudah lihat dia, kerana Allah berikan kepada mereka rohnya sebagai kenabian. Di waktu aku lihat dia penuh kehiburanku dan aku berkata: ‘Ya Muhammad! Mudah-mudahan Allah besertamu dan hendaklah Ia jadikan daku orang yang layak membuka tali kasutmu, kerana kalau aku boleh dapat permintaanku itu, jadilah aku Nabi yang besar dan hamba Allah yang suci.” (Barnaba : 44 : 27-30)
[1] Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w. Muhammad Abdul Wahab

Taurat Telah lama Membenarkan Kedatangan Rasulullah

Penjelasan Taurat

Sabda Nabi Musa :

“Telah datang Tuhan dari Sinai dan ia terbit bagi orang-orang itu dari Sa’ir dan ia bersinar dari gunung Faran dan ia datang dengan ribuan dari orang-orang yang kudus dan di tangan kanannya ada syariat yang berapi. Ia sayang kaumnya.”
(Ulangan : 33: 2, 3)
Ulama’ telah menafsirkan ayat di atas seperti berikut :

“Tuhan datang dari Sinai” bermaksud, Nabi Musa telah datang dari Thursina (Sinai) dengan membawa agama Allah.
“Tuhan datang dari Sa’ir” bermaksud, Nabi Isa datang dari Gunung Sa’ir di Baitul Maqdis dengan membawa agama Allah.
“Tuhan datang dari Faran” pula bermaksud Nabi Muhammad datang dari Gunung Faran. Gunung Faran ialah nama Gunung yang terdapat di Mekah. Ada ulama’ berpendapat ‘Faran’ ialah nama lain bagi Mekah.

Tiada nabi yang dibangkitkan di Mekah selepas Nabi Isa melainkan Muhammad.

Firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa :

“Katakanlah kepada Bani Israel, bahawa Aku akan adakan bagi mereka di akhir zaman, seorang Nabi sepertimu dan saudara-saudara mereka dan Aku akan bubuh perkataanKu di mulutnya dan iapun akan berkata kepada mereka segala yang Aku hendak pesan kepada mereka.”
(Ulangan : 18 : 18)

Perkataan yang dibahaskan di sini ialah ‘Saudara’. Bani Israel mengangkat Nabi Ibrahim sebagai Bapa yang utama bagi Bangsa Israel. Oleh itu, Nabi Ishak digelar Bani Israel. Lalu saudara Bani Israel adalah Nabi Ismail. Maka, jelas di sini, Nabi Muhammad yang dimaksudkan kerana Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Muhammad.

Pengharaman Babi Nikmat Dari al-Quran

Isu kedua yang cuba dibawakan kali ini ialah tentang pengharaman babi. Walaupun secara dasarnya ramai di antara kita mengetahui babi mempunyai kuman, namun pengetahuan itu hanyalah pada asasnya sahaja. Tafsirnya menyentuh ayat ke 173 daripada surah al-Baqarah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” Berdasarkan ayat ini umat Islam diharamkan memakan daging babi dan segala produk-produknya secara mutlak, kecuali apabila darurat.

Babi menjadi punca pelbagai penyakit, antaranya adalah anthrax, ascaris suum, botulisme, brucella suis dan banyak lagi. Kemampuan babi menerima pelbagai jenis virus dan mengubahnya kepada bentuk baru yang lebih berbahaya memang membimbangkan ramai pakar. Sehubungan dengan ini Professor Malik Peiris, seorang pakar dalam bidang mikrobiologi di Universiti Hong Kong, berkata, “Jika anda mengambil virus daripada manusia dan memasukkannya ke dalam ayam ataupun burung, ia tidak akan membiak. Demikian juga jika anda memasukkan virus burung ke dalam manusia ia juga tidak akan merebak. Sebaliknya jika kedua-dua virus ini anda masukkan ke dalam babi, ia akan membiak dengan mudah sekali. Justeru lahirlah pandangan yang mengatakan bahawa babi adalah takungan kepada virus baru yang membunuh.
Buktinya virus H1N1. Walaupun asalnya beberapa saintis cuba menyangkal wabak ini datangnya daripada babi, namun akhirnya ia jelas dapat dibukti.
Subhanallah... kalaulah manusia itu berfikir dengan sedikit akalnya sahaja, pastilah akan dilihat betapa Allah menyayangi hambanya dengan sesungguh-sungguhnya.

Sunday, July 19, 2009

Kelebihan Susu Ibu : Al-Quran Telah Tunjukkan

Sebelum ni saya berjanji ingin membawakan tafsiran melalui saintifik. kini, saya baru sahaja berpeluang. apa yang dapat saya bawakan kali ini ialah persetujuan sains terhadap fakta al-Quran.
Sebagai umat Islam kita yakin dengan kebenaran al-Quran. walaupun bercanggah dengan fakta sains namun kita yakin al-Quran adalah kebenarannya. ini kerana sains sendiri berubah-ubah penemuannya dari zaman ke zaman. sedangkan al-Quran tetap tegak dan benar. kemungkinan ianya bercanggah dengan fakta pada hari ini tetapi esok kemungkinan akan sama.
Dengan sebab itulah kita melihat sudah banyak fakta sains yang akhirnya tunduk menyetujui fakta al-Quran. Pastinya bagi hamba-hambanya yang mengetahui akan kehebatan al-Quran ini akan bangga kerana bersumberkan kitab yang benar itu. Tetapi ketahuilah... berapa ramaikah sangat yang berbangga itu..?
Di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud,

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”
(Surah al-Baqarah 2: 233)

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan. Banyak kajian membuktikan kelebihan kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi sejak ia dilahirkan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal dan juga mental anak-anak. Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Begitu agung Allah, sebaik sahaja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

Kenyataan al-Quran ini (berkenaan penyusuan selama dua tahun) relevan dengan dunia moden pada hari ini. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dalam satu kenyataannya menegaskan, “Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan yang terbaik untuk bayi. Selepas itu bayi-bayi perlu diberikan makanan tambahan namun pemberian susu ibu itu mesti diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun ataupun lebih.

Allah Maha Besar

Wednesday, April 29, 2009

Hukum mentafsirkan al-Quran berdasarkan Fakta Sains

Ulama telah berselisih pendapat dalam mengharuskan pentafsiran al-Quran berasaskan pendalilan saintifik. Antara ulama yang mengharuskan ialah Ibnu Kathir, Syaikh Said Hawa dan Hamka. Petikan daripada pendapatnya dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim menyebutkan bahawa, “Ayat 47 dalam surah al-Zariyat, bermaksud,

“Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.” Bermaksud “Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru (langit) dan Kami meninggikannya tanpa tiang.”
(Surah al-Zariyat : 47)

Dengan tafsiran ini, jelas sekali ayat ini ada perkaitan dengan pengembangan alam, maka tidak ada salahnya sekiranya kita memanfaatkan penemuan semasa yang relevan bagi membantu kefahaman.”

Sesetengah ulama yang mengharamkan kerana terdapat beberapa tafsiran yang terlalu ghairah dalam mentafsirkan al-Quran menggunakan pendekatan tafsiran melalui fakta saintifik. Alasan ini adalah disebabkan sesetengah ulama akan hanya berpandu kepada kejayaan daripada sains itu, barulah dikaitkan dengan tafsiran al-Quran. Oleh itu, amatlah membahayakan sekiranya ada ulama yang mentafsirkan al-Quran dengan fakta sains yang belum muktamad. Sedangkan semua orang maklum bahawa sains akan berubah dari masa ke semasa.

Kesimpulannya, tafsiran secara pendalilan saintifik ini diharuskan namun mestilah secara bersyarat. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Pertama: Pentafsir yang hendak mentafsir ayat al-Quran perlulah tidak mengamalkan sikap ambil mudah dan ‘tangkap muat’ ke atas semua penemuan baru dalam sains seterusnya mengaitkan dengan ayat-ayat al-Quran tanpa merujuk kepada asbab nuzul mahupun pentafsiran-pentafsiran daripada ulama muktabar.

Kedua : Pentafsir juga perlulah berhati-hati mengkaji sejauhmana ketepatan fakta sains tersebut sebelum mengaitkan dengan ayat al-Quran. Tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada semua pentafsir yang terlibat dalam pentafsiran berasaskan pendalilan saintifik agar bersikap tidak gopoh untuk melibatkan semua ayat al-Quran dengan penemuan sains.

Ketiga : sekiranya keputusan daripada kajian sains bercanggah dengan ayat al-Quran, pentafsir perlulah jujur dalam menidakkan perkara tersebut. Ini kerana, keadaan keputusan kajian sains seringkali berubah-ubah, sedangkan al-Quran adalah kalam Allah yang Maha Benar lagi Maha Mengetahui. Fakta sains yang telah disepakati oleh ulama telah tetap dan boleh dikaitkan secara keseluruhannya dengan tafsir-tafsir ayat al-Quran dengan maklumat berkenaan sains.

Sahabat Pembaca Yang Dirahmati Allah Sekalian

Mulai hari ni, saya cuba untuk kemukakan beberapa tafsir al-Quran yang berasaskan pendalilah saintifik..
jadi..kalau sahabat pun ada terbaca atau terjumpa bagitau la.. kita cari sama.. kay..

tapi sebelum tu baca dulu hukum mentafsir al-Quran secara saintifik ni.. boleh ke tidak?


Selamat Membaca

Monday, April 6, 2009

Bible : Berjaya diselewengkan, al-Quran : Tidak Sama Sekali

Orientalis tidak bersetuju apabila kita mempertahankan al-Quran itu sebagai kalam Allah yang terpelihara daripada pemalsuan, penambahan dan pengurangan serta penyelewengan dalam isi kandungannya. Kekecewaan itu ditambah lagi kerana kitab Bible yang mereka pegang itu mengandungi masalah-masalah tersebut. Justeru, tuduhan terhadap al-Quran ini dicipta agar al-Quran dijatuhkan dan dipulau sebagai rujukan dalam perbahasan akidah dan ilmu.

Tahun 1927 mencatatkan Paderi Kristian, Mingana, berasal daripada Iraq, pensyarah di Universiti Birmingham Inggeris, berkata dalam ucapannya , “The time has surely come to subject the text of the Koran to the same criticism as that to which we subject the Hebrew and Aramaic of the Jewish Bible, and the Greek of the Christian scriptures.”

”Sudah tiba masanya sekarang untuk melakukan, mengkritik terhadap teks al-Quran sebagaimana yang telah kita lakukan kepada kitab suci Yahudi yang berbahasa Ibrani dan Kitab suci Kristian yang berbahasa Yunani.

Metodologi tafsir Bible yang membenarkan kebebasan dalam mentafsir menjadikan mereka begitu yakin bahawa kitab boleh diubah dengan tangan mereka. Oleh itu Metodologi Hermeneutik yang digunakan untuk mentafsir dan menghurai ayat Bible dengan sewenangnya cuba pula diterapkan kepada al-Quran. Kaedah yang berjaya ini memeningkan paderi-paderi Kristian kerana terlalu dilimpahi dengan pelbagai hukum dan metode dalam satu perkara sekaligus.

Buktinya terjadi kepada St.Jerome, seorang rahib Katolik Rom, pelajar bahagian theologi Kristian mengeluh dalam katanya, “wrote down not what they find but what they think is the meaning; and while they attempt to rectify the errors of others, they merely expose their own." Keluhannya berisi soal banyaknya penulis Bible yang menulis apa yang tidak pernah ditemukan sama, tetapi menulis apa yang mereka fikirkan itulah maksudnya. Selagi mereka mencuba melihat kesalahan orang lain, mereka hanya mengungkapkan untuk dirinya sendiri.

Kecewa dengan kenyataan seperti itu, R. Bentley, Master of Trinity College pada tahun 1720 menyeru umat Kristian agar mencampakkan kitab suci mereka, yakni naskah Perjanjian Baru versi Paus Clement 1592 ”…the ‘textus receptus’ to be abandoned altogether”!

Telah berjaya golongan orientalis ini sehingga menghilangkan keyakinan umat Kristian kepada agamanya. Lantas, pada sangkaan mereka, menggunakan kaedah yang sama, boleh membantu mereka mengubah segala dasar yang ditetapkan oleh al-Quran.

Lalu pada tahun 1937 muncul Arthur Jeffery yang ingin membuat penilaian dan perubahan terhadap al-Mushaf al-Uthmani dan membuat mushaf baru. Orientalis asal Australia yang pernah mengajar di American University, Kaherah dan menjadi guru besar di Columbia University ini, konon ingin membuat perubahan teks al-Quran berdasarkan Kitab al-Masahif karya Ibn Abi Dawuud as-Sijistaani yang dianggap mengandungi bacaan-bacaan dalam mushaf tandingan (yang ia istilahkan dengan ‘rival codices’) Jeffery bermaksud meneruskan usaha ini.

Gotthelf Bergstraesser dan Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan foto lembaran-lembaran (manuskrip) al-Quran dengan tujuan membuat edisi kritis al-Quran (tetapi gagal kerana semua simpanannya di Munich musnah saat Perang Dunia ke-II berkecamuk).

Bagi para orientalis ini, ‘isnaad’ tidak penting kerana itu, riwayat yang ’shaadh’ boleh saja dianggap ’sahih’, yang ‘ahaad’ dan ‘ghariib’ boleh saja menjadi ‘mutawaatir’ dan ‘masyhur’ dan yang cacat disamakan dengan yang sempurna. Yang demikian itu merupakan teknik dan strategi utama mereka membalik-balikkan kriteria dan nilai. Maka yang digembar-gemburkan adalah isu nasikh-mansukh, soal adanya surat tambahan versi kaum Syi’ah, isu “Gharaaniq” dan sebagainya. Ada pula yang mahu merombak susunan ayat dan surah al-Quran secara kronologis, mahu mengubah bahasa al-Quran ataupun ingin merubah tuntutan ayat-ayat tertentu.

Namun, usaha yang keras itu, tidak berjaya sehingga mereka berputus asa dan terpanggil untuk cuba menukar taktik yang terbengkalai itu. Antara usaha yang dipilih oleh Minggana adalah dengan memomokkan al-Quran sebagai kalam Muhammad s.a.w., syair buatan manusia dan penafian bahawa al-Quran kalam Allah s.w.t.

Mengenal Si Pendusta al-Quran

Sekiranya pihak orientalis bersusah payah, berusaha keras mencari ilmu, menambah pengetahuan dengan tujuan menyerang Islam, maka wajar juga bagi kita untuk mengenal dan mengkaji strategi mereka. Tujuannya adalah bagi mempertahankan Islam, membatalkan misi yang hampir berjaya ini dan sebagai penunjuk jalan untuk mereka kembali kepada kebenaran. Bagi mengenal mereka, perlulah kita menyusur di dalam sirah, melihat bahawa golongan yang sering membuat tuduhan-tuduhan tersebut kembali kepada dua golongan utama. Golongan pertama dinamakan Musyrikin, manakala yang kedua pula ialah Muslim yang tewas kerana terpedaya.

Golongan Pertama iaitu Musyrikin adalah kesatuan golongan kufar dalam menentang Islam. Syariat Islam yang tegas dan mementingkan hak semua bangsa dan umat amat digeruni oleh musuh Islam. Syariat ini membataskan mereka membuat perkara-perkara yang merosakkan jiwa bagi memuaskan nafsu dunia yang tidak berkesudahan. Oleh itu muncullah golongan seperti Orientalis, Kristianisasi dan Atheis serta pemimpin negara yang memberi sokongan terhadap usaha untuk membuat kekacauan ini.

Golongan yang terbesar dalam menyumbang kepada kekacauan ini ialah golongan Orientalis. Golongan ini bukan sahaja bertindak dengan misi sendiri malahan menguasai dunia di sekelilingnya. Kristianisasi biarpun nampak kukuh di bawah pimpinan dan kekuasaan gereja hakikatnya tunduk dengan mereka. Segala perancangan yang diatur oleh barisan Kristian, terlebih dahulu disahkan oleh golongan yang menamakan diri mereka sebagai ilmuan Barat iaitu sebahagiannya dipelopori oleh puak Yahudi ini.

Orientalisme boleh didefinisikan sebagai pengkajian masalah-masalah ketimuran. Istilah orient ini sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis yang membawa makna timur atau bersifat ketimuran. Isme pula bermaksud ajaran, fahaman, sikap dan cita-cita. Pembahagian di dalamnya pula dikenal melalui bidang yang dijuruskan. Sebagai contoh keahlian mengikut kajian di bahagian wilayah timur, metodologi dalam mempelajari masalah ketimuran dan ideologi terhadap masalah ketimuran itu, khususnya dunia Islam. Kandungan pengkajian termasuklah sastera, agama, sejarah, adat istiadat dan ilmu-ilmu mengenai kawasan timur.

Golongan kedua pula ialah tentera halus orientalis iaitu Muslim yang tewas kerana terpedaya. Perbincangan mengenai barat dijadikan kiblat ilmu masa kini sudah lama diakui dan diiktiraf di mata dunia. Barat kini menjadi tempat simpanan segala khazanah ilmu. Semua rujukan dalam perkara apa sekali pun boleh diambil daripada barat. Pelajar-pelajar yang beragama Islam digalakkan mendalami ilmu dan memetik hasil pemikiran Islam di barat biarpun tanah Arab itu tempat benihnya ditanam.

Lalu, muncullah golongan yang mendokong atas nama orientalis yang bertopengkan perjuangan Islam. Pemikiran-pemikiran yang menolak wahyu dan sunah, mengtafsir al-Quran mengikut logik akal dan membebaskan ketetapan-ketepatan Islam mengikut semahunya serta memperjuangkan hak kononnya atas dasar keadilan. Islam Liberal, Anti Hadith, Sisters in Islam dan banyak lagi antara tentera orientalis yang dihantar khusus tanpa bayaran untuk menunaikan misi mereka menghancurkan Islam. Puak kuffar hampir berjaya, namun kuasa Allah s.w.t. menandingi segalanya. Kebenaran tetap tersingkap kerana janji Allah untuk memelihara al-Quran sudah terpatri di kalam-Nya sendiri.

Keutuhan al-Quran Menangkis Tuduhan

Kedudukan al-Quran bagi masyarakat Islam terletak di bahagian yang paling tinggi. Ketinggian tersebut bukanlah diletakkan sewenang-wenangnya oleh manusia kebanyakan, namun hal ini, jelas turut diakui oleh golongan musuh Islam yang mengkaji tentang al-Quran.

Peliknya, bagaimana tuduhan-tuduhan terhadap al-Quran, semakin galak ditimbulkan semenjak era penurunan wahyu bermula lagi, hinggalah kini. Walhal, penjelasan demi penjelasan sudah ditabur dengan suburnya, untuk menangkis hujah-hujah mereka yang sudah semestinya rapuh dan menunggu waktu untuk patah dan disingkirkan.

Golongan sebegini perlulah mengetahui bahawa al-Quran, kalam Allah, juga mukjizat yang telah diturunkan, tidak pernah diragui keasliannya oleh semua umat Islam biarpun beribu keraguan mendatang. Semuanya adalah kerana mereka tahu, keraguan yang datang biarpun nampak logik di akal manusia, namun kosong dan goyah di bahagian terasnya. Bahkan keraguan itu tidak pernah timbul terhadap satu huruf pun apatah lagi satu ayat walaupun penurunannya mengambil masa selama 23 tahun. Sepuluh tahun turunnya di Mekah al-Mukaramah dan 13 tahun di Madinah al-Munawarah kemudian disusun di dalam mashaf bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas menjadikan al-Quran benar-benar berbeza daripada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah sebelum ini. Kesempurnaan tersebut ditambah lagi dengan kaedah periwayatannya secara Mutawatir oleh para Sahabat r.a. yang pastinya suci daripada sebarang penipuan.

Asalnya golongan-golongan yang membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu hanyalah di kalangan masyarakat Arab Quraisy Musyrikin. Pelbagai tuduhan yang dilempar seperti mengatakan al-Quran itu adalah ajaran Rahib Bahira yang dijumpai Baginda s.a.w. ketika di Syam, syair karangan penyair hebat yang diambil ketika berniaga di Yaman dan sebagainya. Golongan ini berterusan sehinggalah ke tahap kemuncak apabila kejatuhan dan kekalahan tentera Kristian Barat di tangan tentera Islam Timur dalam perang Salib yang berlangsung dari tahun 1096-1291 Masehi.

Kekalahan tersebut meninggalkan dendam yang mendalam di hati penganut agama Kristian terutamanya pembesar negara dan paderi-paderi gereja sehinggakan raja-raja Eropah bersumpah tekad mengusir kaum ’kafir’ iaitu umat Islam. Semenjak itu, semangat orang-orang Eropah bagaikan dibakar untuk mengkritik, mengecam dan menyerang Islam tidak kira daripada sudut apapun. Apa yang penting bagi mereka hanyalah kemusnahan Islam.

Maka, di antara bahagian yang menjadi fokus utama dalam misi mereka ialah menghancurkan imej suci pembawa agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan menidakkan kewibawaan risalah yang dibawanya. Galakan terhadap pengarang-pengarang Orientalis untuk menulis mengenai gambaran Islam yang salah, diperhebat ke seluruh jajahan mereka yang masih berbaki. Segala penipuan itu terutamanya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang yang pendusta, pencinta keganasan dan wanita dan penyair, ditulis sebarkan oleh mereka dengan cepatnya.

Namun, senario ini berubah apabila Eropah pada awal abad ke 17 mula dilanda arus kerasionalan dalam mengkaji bahan ilmiah. Golongan Orientalis ini tidak lagi menulis mengenai keburukan Islam, malahan mengatur langkah menulis dan mengkaji pula mengenai ajaran Islam dengan betul. Biarpun mereka yang seperti Voltaire (1684-1778) dan Thomas Crlyle (1896-1947) mula menulis tentang Islam dari perspektif positif namun, perlulah diketahui tujuannya tetap satu iaitu menghancurkan Islam.

Peperangan ini diteruskan lagi sehinggalah ke awal abad ke 20, di mana penulisan mereka diangkat sebagai rujukan utama dalam pemahaman terhadap Islam dan dunia timur. Di antara penulis-penulis yang diangkat kerana karyanya yang memperkenalkan bahasa Arab dan teks-teks klasik ialah Sir Hamilton A.R. Gibb, Louis Massignon, W.C. Smith, dan Frithjof Schoun.

Lalu, kepelikan di awal tadi mula memberikan jawapan mengapa tuduhan-tuduhan terhadap al-Quran makin menyubur bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, padahal jawapan bagi setiap persoalan sudah banyak dibentang di hadapan mereka. Manakan tidak keadaan ini tercetus, apabila golongan barat yang mengkaji tentang Islam dan menulis tentang timur menjadi tempat rujuk bagi semua pelajar yang belajar Islam di barat. Kebenaran yang banyak itu akan mengaburkan kesalahan yang kecil tapi tersembunyi dan seterusnya dipegang oleh pelajar-pelajar tersebut. Maka, di sinilah lahirnya golongan-golongan penuduh al-Quran membuka medan menghujum kembali Islam dalam keadaan yang tidak sedar.

Namun keutuhan al-Quran tidak akan terusik dek rombongan penuduh tersebut sekalipun, kerana janji Allah benar, al-Quran akan terpelihara sepanjang zaman. Penipuan yang tiada berdasar itu sebenarnya, isunya sama. Al-Quran telah bersedia, malahan telahpun menjawap semua persoalan tersebut, cuma mata mereka yang buta, telinga mereka tuli dan hati mereka sudah mati tidak terlihat kebenaran yang maha besar itu itu sekalipun di depan mata.

Oleh itu, usahlah risau wahai sekalian muslimin! Al-Quran itu hanya dituduh tetapi tidak akan pernah dapat disabitkan, kerana tuduhan itu palsu dan lumpur yang tidak akan menyalut kebenaran dan mengotorkan keagungan al-Quran.

Friday, March 20, 2009

Kajian Web Hadith : www.ad-diyari.com.

Sebenarnya saya tidak sempat untuk menulis satu artikel pun walaupun pendek. Oleh itu, niat untuk berkongsi ILMU tetap saya teruskan dengan memasukkan sebahagian kecil daripada tugasan kertas projek yang ditugaskan kepada saya oleh Prof. Madya Ishak bin Suliaman. Kajian ini sebenarnya mengkaji web-web berbahasa Melayu yang memuatkan himpunan hadith atau apa sahaja berkenaan ilmu hadith. Dengan itu, saya menjumpai web ad-Diyari ini. Bagi saya, web ini perlu dibaca oleh semua orang memandang webnya sangat berkualiti dan menjaga ketelusan ilmu.


WEB HADITH BERBAHASA MELAYU TERBAIK


Terdapat 64842 teks hadith terkumpul di dalam web www.ad-diyari.com. Web ini disenaraikan sebagai web terbaik hadith kerana kelengkapan pemiliknya dalam memuatkan semua matan hadith berbaris di dalam bahasa Arab dan sanad yang sempurna. Semua matan yang dimasukkan disertakan dengan terjemahan mudah berbahasa Malaysia dan seiring dengan kehendak hadith. Terjemahan bagi setiap hadith adalah usaha terjemahan pemilik web sendiri sama ada menterjemahnya sendiri mahupun merujuk dengan kitab terjemahan yang lain tetapi disunting agar ia bertepatan dengan kehendak hadith. Ini diakui olehnya di dalam kolum ‘Penafian’ yang menyebut,


Terdapat 64842 teks hadith terkumpul di dalam web www.ad-diyari.com. Web ini disenaraikan sebagai web terbaik hadith kerana kelengkapan pemiliknya dalam memuatkan semua matan hadith berbaris di dalam bahasa Arab dan sanad yang sempurna. Semua matan yang dimasukkan disertakan dengan terjemahan mudah berbahasa Malaysia dan seiring dengan kehendak hadith. Terjemahan bagi setiap hadith adalah usaha terjemahan pemilik web sendiri sama ada menterjemahnya sendiri mahupun merujuk dengan kitab terjemahan yang lain tetapi disunting agar ia bertepatan dengan kehendak hadith. Ini diakui olehnya di dalam kolum ‘Penafian’ yang menyebut,
“Semua teks Al-Qur'an, Al-Hadis dan teks `Arab yang dipaparkan di laman ini diterjemahkan sendiri oleh penulis menurut panduan berikut:
1- Terjemahan terus daripada teks `Arab.
2- Merujuk terjemahan Melayu sedia ada dan menyuntingnya.
3- Merujuk terjemahan bahasa asing (Inggeris, Perancis, Itali, Portugis).
4- Merujuk huraian, tafsiran dan ulasan dalam bahasa `Arab dan bahasa-bahasa asing.”

Sebagai contoh terjemahannya di dalam Sunan Ibnu Majah, hadith bilangan yang pertama seperti berikut:-

{ابن ماجه/ 1، صحيح} حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : "مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَخُذُوهُ، وَمَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا".

[Ibnu Majah/ 1, sahih] Telah bercerita kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaybah, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Syarik, daripada Al-A`masy, daripada Abi Salih, daripada Abi Hurayrah, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Apa-apa yang saya telah perintahkan kepada antum maka ambillah ia, dan apa-apa yang saya telah tegah antum daripadanya maka berhentilah».

Cuma penggunaan lafaz antum tidak diterjemahkan kepada ‘kamu semua’ agak menyulitkan bagi perujuk yang tidak mempunyai asas bahasa Arab. Ini diakui sendiri oleh ad-Diyari di dalam Kolum ‘Penafian’ yang peringatannya seperti berikut :-
“Sebahagian terjemahan yang dipaparkan di laman web ini mungkin memerlukan huraian atau penjelasan. Terjemahan yang diberikan adalah untuk memberikan terjemahan terdekat kepada bahasa asal, yang mungkin kurang mesra dengan mereka yang tiada asas dalam bahasa `Arab”.

Metodologi penyusunan ad-Diyari di dalam web ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu Pertamanya: Mengikut Topikal yang diberikan. Manakala yang Keduanya: Memuatkan hadith dan terjemahannya mengikut kitab. Kesemuanya dikutip daripada kitab-kitab hadith yang mu’tabar iaitu kitab Soheh Bukhari, Soheh Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Ibnu Majah, Jami’ Tirmizi, Sunan Abu Daud, Musnad Imam Ahmad, Sunan Ibnu Khuzaymah, Sunan Ibnu Hiban, Mustadrak, Sunan Darimi dan Sunan Dar al-Qutni.

Metodologi yang pertama ad-Diyari ialah menyusun hadith mengikut kitab dan seterusnya bab-bab yang berkaitan. Walaupun usaha ini masih tidak sepenuhnya iaitu hanya terdapat 16 kitab daripada 40 kitab yang telah disenaraikan. 16 Kitab tersebut ialah Kitab Iman, Kitab Bersuci, Kitab Solat, Kitab Solat Tarawih, Kitab Jenazah, Kitab Qiyam al-Lail, Kitab Zakat. Kitab Puasa, Kitab Haji, Kitab Pakaian dan Perhiasan, Kitab Adab, Kitab Doa, Kitab Mimpi, Kitab Membuat Kebaikan dan Kitab Fitnah dan tanda-tanda Kiamat.

Istimewanya setiap hadith di dalam satu kitab dan bab yang berkaitan akan dilinkkan dengan hadith lain yang terdapat di dalam kitab-kitab yang telah disebutkan di atas. Sebagai contoh di dalam Kitab Iman, bab Tidak Beriman Sehingga Menyukai Untuk Saudaranya Atau Jirannya Apa-apa Yang Disukaï Untuk Diri.

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ أَوْ لِجَارِهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه.
[K/13], [M/45], [H/234], [Z/2515], [J/66], [R/2740], [A/12390],

Senarai di atas adalah rujukan hadith yang sama tetapi terdapat juga di dalam kitab yang lain. Simbol [K/13] ialah K merujuk kepada kitab Bukhariy dan angka 13 adalah kedudukan hadith tersebut di dalam susunan kitab. Perujuk boleh merujuk hadith yang sama dengan lebih cepat sekiranya semua link tersebut berfungsi dengan baik. Sayangnya, tidak semua simbol tersebut dapat menghubungkan perujuk terus kepada hadith yang dimaksudkan. Namun, maklumat berkenaan nama kitab dan angka hadith adalah tepat dan tidak menyalahi susunan berdasarkan rujukan yang disediakan di dalam web ini.

Metodologi yang kedua pula ialah hadith-hadith dan terjemahannya mengikut kitab-kitab mu’tabar. Hampir kesemua matan yang terdapat di dalam kitab-kitab yang disebut telah diterjemahkan. Hanya kedapatan beberapa hadith sahaja iaitu dalam bilangan yang sangat kecil masih belum diterjemah iaitu di dalam Sunan an-Nasaiy Sughra dan Kubra, Sunan ad-Daruqutni, Musnad Ahmad dan Musnad as-Siraj. Manakala Musnad ar-Ruyaniy belum diterjemahkan walaupun satu hadith daripadanya.

Dengan itu, web ini sangat berguna kepada penuntut hadith dan sangat diperlukan oleh pengkaji-pengkaji ilmu hadith. Apa yang diralat pada web ini ialah pemiliknya tidak menyebut kitab yang menjadi rujukan kepada setiap maklumat yang dimuatkan kecuali secara umum iaitu kitab-kitab hadith dan syarahnya seperti disebutkan di atas. Walaupun begitu, web ini berjaya menempatkan kedudukannya di tempat teratas di dalam kajian web hadith berbahasa Malaysia kerana usahanya masih belum diteroka oleh sesiapa pun daripada anak Melayu Islam Malaysia.

Kedudukannya sangat dibanggakan apatah lagi apabila web ini dihasilkan bukan atas nama mana-mana organisasi seperti Jabatan Agama, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta mahupun badan-badan kerajaan yang lain. Kelebihannya bukan sekadar itu, malah melayari webnya begitu memudahkan penggunanya untuk mendapatkan maklumat.

Sedikit maklumat pemiliknya ialah Mohd ‘Adlan bin Mohd Sharifuddin. seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Desa Kencana, Sabah. Dilahirkan pada 20 Ogos 1981 di Kuala Lumpur, Malaysia. Memulakan pembelajaran agama dan bahasa `Arab dalam usia 5 tahun di sebuah sekolah tadika, kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Rendah Agama Islam Zahidiah di Sungai Buloh, kemudian di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang sehingga tahun 1998. Memasuki Universiti Malaya pada tahun 2000 dalam Jabatan Kimia di Fakulti Sains dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) pada tahun 2005. Dia bertutur dengan bahasa Melayu standard sebagai bahasa ibundanya, dan bahasa Inggeris, Perancis serta `Arab. Juga belajar bahasa Itali dan Portugis di universiti.

Hebatnya, meskipun berijazah Kimia kini, beliau bertugas sebagai guru subjek Tasawwur Islam di SMK Desa Kencana (Sekolah Kluster), Felda Bandar Sahabat, Sabah. Profailnya benar-benar mencabar para pemegang ijazah takhassus Hadith yang sepatutnya lebih maju dan berusaha untuk mengangkat martabat hadith kembali ke tempatnya yang agung.

Tuesday, March 10, 2009

Al-Quran : Kelebihan bagi pembacanya

Sudah lama saya menyepi. Sibuk dengan urusan kerja dan belajar menjadikan saya alpa sebentar untuk mencari keagungan tentang al-Quran. Namun kali ini saya cuba untuk menulis berkenaan dengan kelebihan apabila membaca al-Quran apatah lagi jika kita menghayati segala isinya yang maha sempurna.

Sebenarnya banyak sekali hadith yang menyebutkan tentang kelebihan tersebut. Antaranya ialah, hadith yang cukup masyhur di kalangan pengkaji al-Quran iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginy pahala dan pahala tersebut akan digandakan sepuluh seumpamanya. Aku tidak mengatakan bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf.”


Hadith di atas jelas disebutkan bahawa membaca al-Quran itu dihitung setiap satunya sebagai pahala. Kehebatan itu sememangnya diimpikan bagi insan yang benar-benar bergelar pencinta al-Quran. Pahala yang satu daripada membaca huruf yang satu itu diganda oleh Allah s.w.t. sepuluh pahala kerana ketinggian martabat Kalam tersebut. Gandaan tersebut disebut oleh Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfah al-Ahwazi jilid ke tujuh halaman 229, yang bermaksud,

Gandaan sepuluh itu adalah nilaian gandaan yang paling sedikit atau seumpamanya. Gandaan ini merangkumi huruf Hijaiyyah, Maknanya, dan ayat yang sempurna serta kalimah yang berbeza-beza.

Justeru, apa yang ditunggu lagi oleh sekalian Muslimin dan muslimat. Rebutlah peluang yang ditabur dengan sebaik-baiknya. Perbanyakkanlah membaca al-Quran, agar kita terpilih untuk dimasukkan di dalam golongan yang meraikan al-Quran dan mendapat syafaat dari Kalam-Nya yang Agung itu.

Sunday, February 1, 2009

al-Quran Kitab Rabbani

Pendidikan adalah satu aset yang wajar dimiliki oleh setiap individu. Tanpa pendidikan, manusia akan miskin dan papa nilai kemanusian. Pendidikan yang paling penting ialah pendidikan jiwa dan rohani. Sekiranya tiada didikan ini maka, seseorang itu tidak mampu untuk berdiri dengan kaki sendiri bagi melaksanakan kehidupan sehariannya dengan sempurna. Ini kerana didikan jiwa amat penting untuk mematangkan perbuatan, tindakan dan perkataan terutama sekali apabila berhubungan dengan individu yang lain.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang tidak terdidik jiwanya, apabila terpandang pada barangan yang cantik, pasti akan diinginya dan cuba berusaha untuk mendapatkannya walau apa cara sekalipun. Biarpun barang tersebut adalah hak kepunyaan orang lain. Tindakannya salah dan perbuatannya melanggar nilai-nilai kemanusiaan yang normal dan fitrah.
Oleh itu, sumber didikan manusia juga diperlukan sekiranya ingin melahirkan seorang individu yang terdidik. Al-Quranlah sumbernya!!!
Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di dunia ini. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengagumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, telah bersatu padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturunkan Allah s.w.t.) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud :

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah s.w.t. .”
(‘Ali Imran: ayat 110)
Maka, mengapa perlu kita mengagumi sumber kaca yang lain walhal kita sudah punya mutiara berharga. Mengapa perlu bangga dengan pelbagai etika yang tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut pengasas sedangkan kita punya etika dan lengkap dengan modelnya (s.a.w.) yang paling sempurna didikannya.

Thursday, January 29, 2009

Bahasa al-Quran : Bahasa Terpilih

Bukan niat untuk mempertikaikan bahasa lain sebenarnya namun itulah hakikat. Bahasa Melayu contohnya, penelitian terhadap gaya bahasa, corak penulisan, cara penulisan, bentuk ejaan atau apa sahaja seringkali menerima perubahan dari masa ke semasa. Malahan bukan itu sahaja, cara bertutur juga diubah mengikut keadaan semasa katanya. Sebentar di'baku'kan, sebentar lagi diubah kembali kepada asal.
Tidak percaya? Undur sebentar 20 tahun ke belakang. Cuba baca dan faham apa maksud kehendak ayat di bawah.
"akal baginda sangat sempurna, adil dan murah terlalu behena;masyhur limpah anta permana, dikasih oleh mulia dan hina."
Penggunaan kosa kata melayu dulunya disebut 'anta permana' (انت فرمان) bermaksud 'tidak terkira' tidak digunakan lagi waktu ini. Malahan, diyakini 100% kalau tidak diberitahu maksud perkataan tersebut, pasti ramai anak muda kita yang tidak faham.
Perubahan begini sebenarnya bukan berlaku kepada bahasa Melayu sahaja, malahan semua bahasa yang masih ada di dunia termasuk bahasa Latin yang hampir hilang kerana tidak dituturkan.
Begini senario bahasa sebenarnya. kecenderungan untuk hilang ditelan zaman, besar peratusannya sekiranya tidak berubah mengikut masa.
Al-Quran, tidak begitu! Bahasanya kekal dan konsisten selama mula ia diturunkan hinggalah kini. Bagi mereka yang pandai berbahasa Arab, bacalah dari mana-mana bahagian teks al-Quran yang diingini atau di zaman mana pun ia berada, pasti akan difahami kehendak al-Quran dengan baik.
Allah, benar sekali janjimu. al-Quran akan terpelihara sampai akhir zaman itu, bukan sekadar pada tulisannya malahan fahaman tentangnya juga. Aspek pemeliharaan tersebut turut mencakup aspek bahasa yang menjadi alat untuk menyampai dan memahamkan. Agungnya al-Quran!!!

Wednesday, January 14, 2009

Keagungan al-Quran diiktiraf Cendiakawan Barat

Kehebatan al-Quran sememangnya telah lama diiktiraf oleh Cendiakawan Barat. Pada tahun 1982, Keith Moore, seorang profesor di Universiti Toronto, telah menulis sebuah buku berjudul : "The Developing Human, edisi ketiga". Di dalamnya Moore menceritakan kehairanannya dengan 'cerita pertumbuhan embrio di dalam Quran'.


Selepas itu, beliau menulis lagi satu buku yang berjudul "Human Development as described in the Quran and Sunnah" yang amat gemar dipetik petikannya oleh pengikut Sunni.[2] Sumbernya hanya satu iaitu, ayat Quran tersebut yang bermaksud "Kemudian Kami jadikan ‘pati’ air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh.


Kemudian mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan sepotong daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian dia Kami ciptakan makhluk yang lain. Maka Maha suci Allah yang sebaik-baik menciptakan."[3] (Surah al-Mukminun 23: 13, 14) Bukan setakat itu, bahkan al-Quran merupakan sumber kepada segala bentuk aspek keilmuan.

Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Dalam al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti maksud dari firman-Nya : Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat 51: 47) Edwin Hubble mengatakan, “Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam al-Quran yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala.

Dalam perkataan lain, al-Quran mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.”[4] Lantas, kebenaran al-Quran sebagai kitab yang menjadi sumber kepada semua ilmu di dunia tidak dapat disangkal lagi. Apa yang menjadi pokok perbincangan penulis pada kertas kerja ini ialah bagaimana al-Quran itu menjadi sumber kepada ilmu psikologi yang menjadi satu kepentingan kepada generasi masa kini.

http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/SainsIslamik.html [3] Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (1968). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. [4] http://www.harunyahya.com/ op. cit.

Friday, January 9, 2009

‘Tafsir Darussalam’ mercu tanda kecemerlangan Islam

ni berita untuk negara Brunei... kita tumpang gembira...
mana taknya dapat pemimpin yang menyokong usaha untuk faham al-quran.. itukan yang terbaik...?

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika mengurniakan titah di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1428 Hijrah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

BERAKAS, Khamis, 24 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, kejayaan usaha menyusun tafsir Al-Qur’an yang diberi nama 'Tafsir Darussalam' akan menjadi satu lagi mercu tanda kegemilangan Islam di negara ini.
Menurut titah baginda ia juga akan turut menambah banyak lagi bahan rujukan memahami kandungan Al-Qur’an, di samping kitab-kitab tafsir yang muktabar yang sedia ada.
Kebawah DYMM bertitah demikian pada Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1428 Hijrah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa di sini.

Terdahulu baginda melahirkan perasaan gembira serta berharap usaha itu akan berjaya dan ia selaras dengan projek penyebaran kefahaman kandungan Al-Qur’an.

Semasa bertitah baginda juga menekankan bahawa sistem pendidikan di negara ini mengambil berat pelajaran agama dan Al-Qur’an.

Jelas titah baginda, perkara tersebut turut benar-benar difahami dan didukung oleh setiap keluarga dan baginda difahamkan bahawa ramai keluarga yang mengaturkan anak-anak mereka belajar Al-Qur’an secara ‘private’ di samping belajar di sekolah.

"Ini adalah pertanda baik sebagai sifat bangsa yang cintakan Al-Qur’an," tegas titah baginda.
Baginda juga melahirkan rasa syukur kerana negara memiliki Institut Tahfiz Al-Qur’an yang mengajarkan ilmu-ilmu Al-Qur’an khasnya di bidang hafalan dan bacaan murattal yang menambah fungsi penyebaran kefahaman Al-Qur’an.

Kebawah DYMM juga memetik beberapa ayat Surah Thaa-Haa yang tafsirnya, 'Taa-haa, "Tidaklah Kami menurunkan Al-Qur’an itu kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya (ia) menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah."

Wednesday, January 7, 2009

HEBATNYA KALAM YANG AGUNG

Hari ni nak bawakan tentang al-Quran sebagai sumber kepada semua ilmu. Patutnya mula-mula lagi dah masukkan hal ni.. tapi lupa la... renungkanlah bersama-sama.
Al-Quran mengiktiraf dirinya sendiri sebagai kitab yang penuh dengan ilmu, pengajaran dan kebaikan untuk manusia yang tahu mengambil manfaat daripadanya. Banyak ayat al-Quran yang merakamkan perkara sedemikian antaranya ialah, firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
(Surah Fussilat 41: 3)
Firman Allah s.w.t. lagi dalam kitabNya al-Aziz al-Karim bermaksudnya : "Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (Wahai Muhammad) nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan diri mereka sendiri. Dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudharat kepadamu sedikitpun, dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu kitab (al-Quran) serta hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepadamu amatlah besar.
(Surah al-Nisa’ 4: 113)

Oleh hal yang demikian maka, al-Quran tepat sebagai sumber setiap cabang ilmu yang berguna kepada manusia, antaranya sumber kepada ilmu psikologi. Hanya kerana ilmu psikologi ini muncul awal iaitu pada tahun 384 SM, maka puak Barat dianggap pelopor dalam ilmu ini. Walhal perkara tentang jiwa dan kelemahannya sudah mula disentuh semenjak terciptanya Adam apabila menangnya sifat-sifat mazmuzah dalam diri apabila dihasut oleh godaan Iblis. Firman Allah, mafhumnya : "Setelah itu, maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (Adam dan Hawa) supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata, “Tidakkah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga). Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata), “sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”

Sunday, January 4, 2009

AL-QURAN DAH MEMBENARKAN BENTUK BUMI YANG SFERA

Ni artikel Harun Yahya.. sengaja nak berkongsi tentang al-Quran memang agung!

Pada zaman dahulu, manusia percaya bahawa bumi adalah rata. . Ini menyebabkan manusia takut untuk belayar jauh ; takut kalau terjatuh di hujung dunia! Orang pertama yang membuktikan alam ini berbentuk sfera ialah Sir Francis Drake apabila beliau belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597.

Cuba perhatikan ayat al-Quran di bawah yang menceritakan tentang pertukaran malam dan siang yang bersilih ganti.

Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. (Surah Luqman : 29)

"Memasukkan" di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba..

Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam. (Surah Az-Zumar: 5)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.

Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;
((Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya))(Surah An-Naazi 'aat: 30)

Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk "Geo-Spherical".

Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.

Saturday, January 3, 2009

MUKADDIMAH PENGENALAN

Assalamualaikum teman-teman seperjuangan sekalian...
Blog ini berwajah baru ... setelah lama menyepi daripada bidang penulisan. Bangkit dari kematian blog yang lama. Moga ini akan berterusan dan selamanya membantu diriku untuk terus menulis.
Sebagai mukaddimah dan memang menjadi tema utama untuk mewujudkan blog ini ialah 'Mendalami ilmu al-Quran'.
Oleh itu, salam perkenalan... bingkisan mukaddimah kertas projek bertajuk 'Psikologi dalam al-Quran' saya hidangkan untuk teman-teman sekalian.
Tiada yang berani menafikan al-Quran benar-benar mukjizat dan sumber petunjuk kepada manusia seluruh alam. Meskipun ada, semuanya hanya berani di hadapan namun, akur dan takjub di dalam hati akan kelengkapan kalam Allah s.w.t.. Buktinya banyak, antaranya maklumat yang diberikan di dalam al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam al-Qur'an adalah kalam yang telah diturunkan oleh Maha Tinggi lagi Bijaksana.

Haman merupakan satu watak yang namanya disebut di dalam al-Qur'an seiring dengan kalimah Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam enam tempat yang berbeza di dalam al-Qur'an. Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat. Kebenaran al-Quran dibuktikan setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kira-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba. Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' bertarikh kembali pada tahun.[1] Justeru, golongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil ke dalam al-Quran, tidak tepat.