Monday, May 7, 2012

Bumi, Planet Terpilih Untuk Didiami : Al-Quran Sudah Akui

Salam..

Hari ni kita sambung lagi perbincangan kita berkenaan tafsir saintifik berkenaan 'Planet Biru'. Dalam surah al-Rahman menyebut yang bermaksud:


"Dan bumi ini Allah s.w.t. bentang dan Allah s.w.t. sediakan untuk dinikmati dan diambil manfaat darinya oleh sekalian makhluk-Nya"

(Surah al-Rahman 55 : 10)


Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana telah menyediakan untuk makhluk-makhluk-Nya yang menjadi penghuni bumi ini dengan segala keperluan yang menyeluruh untuk penghuninya hidup dengan penuh selesadan bahagia. Mereka dibekal dan disediakan dengan segala keperluan yang diperlukan dengan penuh seimbang.


Untuk membolehkan manusia hidup sempurna dan tenang, Allah s.w.t. telah menjadikan alam ini bergerak dengan teratur dan tersusun rapi dan kemas.


Ilmu Mutakhir berpendapat : Bumi atau planet biru seperti dilihat dari angkasa lepas itu, adalah satu-satunya planet daripada kumpulan 'Planet Keluarga Matahari' yang ada penghidupan di atas muka buminya. Ini kerana bumi memiliki persekitaran yang sangat sesuai serta dikelilingi oleh udara serta lain-lain unsur yang munasabah dan sesuai untuk kehidupan makhluk bernyawa di atas permukaan-Nya.


Rujuk : Dr Salleh Ismail Yusuf al-Muti'e (2008), Surah ar-Rahman : Tafsiran dan Fakta-Fakta Saintifik, al-Hidayah Publication: Kuala Lumpur. hlm 46

5 comments:

  1. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Uastazah kenapa ada dikalangan kita bertudung labuh dan bersongkok tinggi pun masih suka mengumpat muslim.

    ReplyDelete
  3. Em..mana lebih baik..pakai tudung labuh tp mengumpat dgn xpakai tudung - mengumpat..xsama kan..? Sekurg- kurgnya yg pakai tdg labuh dh buat 1 kebaikan..allah xpernah janji tutup aurat confirm akn jd baik..buat mana yg termampu...klu xmampu jgn tinggal semua..

    ReplyDelete
  4. Sudah la... Ustazah pandai cakap depan orang awam je macam tu.

    ReplyDelete
  5. Ustazah pun bukan baik mana pun.

    ReplyDelete